Note : This was typed after I attended a BBQ party at my high school last summer holiday.
Lencana di dewan besar SMSTSSS. Gambar dari Assila Ibrahim.
Mode :
~ semalam melawat sekolah, maka terimbas memori lalu
Di tingkatan 4 Bestari, guru yang mengajar BM merangkap Master of Ceremony sekolah ditakdirkan mengajar kami bahasa Melayu.
Keeeeesimpulannya, kelas berkenaan merupakan antara kelas yang paling melucukan di antara semua kelas yang pernah saya hadiri sepanjang hidup setakat ini.
Untuk kelas BM, beberapa pegawai dilantik oleh guru BM kami.
Tugas pegawai ialah
~ pergi ke bilik guru seraya mengingatkan cikgu BM kelas akan bermula
~ menolong mengangkat apa yang patut
~ menulis tajuk yang akan diajar besar-besar di papan putih
~ memeriksa dan mengumumkan darjah kepanasan rakan-rakan
Pegawai-pegawai dipilih dari antara pelajar yang disukai secara persendirian oleh cikgu BM dan mereka juga diberi beberapa keistimewaan dan ole-ole di hujung tahun.
Apabila guru BM sedang dalam perjalanan ke kelas 4 Bestari,beliau akan menuruni tangga yang elegan dan kami perlu mengetahui sekiranya guru BM telah berada di tangga berkenaan (susunan meja adalah membelakangkan kawasan tangga)
Sebahagian warga 4 Bestari sebelum kelas dinaiktaraf. Gambar dari rakan sekelas.
Kami perlu berdiri sebelum beliau memasuki kelas
Salam diberi mengikut lenggok suara yang dipersetujui bersama dan pelajar hanya duduk apabila beliau membengkokkan kedua dua tapak tangan beliau secara berseragam.
Sesi seterusnya ialah sesi melaporkan kekuatan oleh ketua kelas
Tiada apa yang lebih susah pada waktu itu kecuali menahan ketawa (apabila anda terpaksa duduk di belakang orang yang ketawa dalam diam sehingga terhinggut-hinggut bahu) ~inilah keadaan apabila seisi kelas yang berpesonaliti kanak-kanak tadika terpaksa menyembunyikan identiti sebenar dan diganti dengan personaliti bagaikan protokol di istana. (perumpamaan agak hiperbola)
Kelas kami mempunyai pelan kedudukan (didokumentasikan di atas kertas) dan kesalahan menduduki tempat yang bukan hak milik anda boleh dikenakan hukuman yang berat mahupun ringan berdasarkan penilaian yang dibuat.
Contoh : jika anda anak pegawai JPN, tidak mengapa. Jika anda Nurlina Binti Wanshah, jaga2!
Kelas adalah sangat berinformatif dan melucukan.
Kerja rumusan perlu dirumuskan dengan perkataan keeeesimpulannnya (amaran :perkaan seperti konklusinya, rumusannya tidak boleh sama sekali digunakan)
Memandangkan kelas dijalankan berkonsepkan varsiti, pelajar tidak perlu bangun untuk bertanyakan soalan mahupun ketika memberi jawapan.
Sekiranya tepukan tangan diperlukan seperti selepas rakan mendeklamasikan sajak, tepukan perlu diberi ala parlimen iaitu perlu menepuk meja. Saya rindu sungguh nak menepuk meja sekarang =(
Peperiksaan Bahasa Melayu pula dijalankan secara bertulis dan lisan.
Pernah saya tidak sempat menulis nama penuh memandangkan waktu telah tamat, oleh itu saya mendapat nama baru : Li binti Na.
Kertas kajang perlu diikat tidak terlalu ketat ya.
Jangan risau, nama itu masih kedengaran enak jika dibandingkan dengan nama-nama lain
Dalam kelas saya terdapat
~ anak laut : kerana tembok belakang rumah terkena tsunami.
~ gajah Tok Mia : cerita ini agak panjang.sememangnya seluruh isi kelas 4 Bestari 2005 secara automatik akan senyap ketika kelas BM (baca : kurang bertanya, banyak mendengar dan ini tertakluk kepada kelas BM sahaja). Pada suatu hari, seperti kebiasaannya rakan ini riuh-riuhan dengan yang lain, dan ditakdirkan cikgu BM rupa-rupanya sedang meneropong dari tingkap belakang. Cikgu BM lalu menamakan beliau gajah Tok Mia.
Suasana 4 Bestari setelah kelas dinaiktaraf ~ pendingin hawa, lantai jubin, tingkap gelap, bidai, cat baru. Hasilnya, dicemburui rakan-rakan kelas lain.
~ benang emas
~ anak pegawai JPN
dan di dalam kelas BM kami menemui kelebihan masing-masing dalam bidang penulisan
ada yang menulis menggunakan times new roman
ada juga yang menulis menggunakan tulisan hieroglif.
seorang rakan yang juga merupakan rakan sekolah rendah saya mempunyai tulisan yang cantik dibaca. namun disebabkan huruf y yang ditulis beliau mempunyai ekor yang slightly curvy, tulisan beliau digelar tulisan yunani oleh guru ini.
ujian lisan merupakan ujian yang paling mendebarkan
Tetapi berkat ujian kepanasan tangan sebelum bercakap di hadapan, segalanya berlaku dengan hati yang senang.
Pegawai akan memeriksa kepanasan tangan rakan pelajar
Indikasinya hanya dua
~ panas membara
~ sejuk-sejuk penjuin
Setahun kelas BM saya lalui dengan penuh kesabaran.
Sungguh saya sangat bersyukur diberi peluang menghadiri kelas BM sepanjang 2005.
Saya bukanlah anak pegawai JPN namun saya bukan juga anak laut
Pernah ditilik akan merampas suami orang bila dewasa (kerana duduk di tempat hadapan kepunyaan kawan saya yang sakit yang sedang berada di sickbay)
Berkat melepasi kelas BM 2005, kami sekelas boleh riang gembira menyanyikan lagu terima kasih cikgu mengikut melodi lagu hari jadi kepada guru ragbi yang juga guru BM bagi 5 Bestari tahun 2006.
Gambar kelas 5 Bestari 2006. Tiada dalam gambar, Prem Kumar. Hilang entah ke mana.
Kesimpulannya, saya gembira pernah menjadi kawan rapat 2 orang pegawai yang paling disayangi. (motif???apakah??? =p)
Hampir terlupa, salah satu benda yang saya suka tentang kelas Bahasa Melayu ialah pantun. Walupun sudah hampir 4 tahun meninggalkan bangku persekolahan masih merindui budaya berpantun di sekolah. Mungkin kenangan pantun boleh diabadikan pada post akan datang.
oh my gosh!!!! Tok NON cikgu BM kita!!! :)
ReplyDelete.
'Gajah tok mia' tu Anis kan? 'anak laut' tu Paan , 'tulisan yunani' tu Syikin.. 'anak pegawai JPN' tu Badang.. Dan KELAS KITA BERAIRCOND!!! grand giler..hahaha
.
Ingat tak bila ada bekas student datang melawat???
.
Tok Non kemudiannya *berpura-pura* mengeluarkan sekeping kad yang kononnya dari 'ibunda Ronnie'.
.
Oh My, the memories. :)
Oli : Gajah Tok Mia ialah Ayin la.x igt la psl xstudent dgn ibunda Ronnie. yg igt ada sorg ex student dtg then dia berusaha menyembunyikan diri di tgh2 dia dok mengajar tu. Precious memories right?
ReplyDelete