Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Jagalah Allah, Allah Menjagamu

I was decluttering my racks when I found the booklet of the Forty Hadiths given by Kak Didi long time ago.
I went through all forty hadiths and had a really good feeling. Let me share one of the hadiths with you.
Take care of Allah, He Will Take Care of You

On the authority of Abdullah bin Abbas, who said : One day I was behind the prophet and he said to me:
"Young man, I shall teach you some words (of advice) : Be mindful of Allah, and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you ask, ask of Allah; if you seek help, seek help of Allah. Know that if the Nation were to gather to benefit you with anything, it would benefit you only with something that Allah had already prescribed for you, and that if they gather together to harm you with anything, they would harm you only with something Allah had already prescribed for you. The pens have been lifted and the pages have dried"

narrated by Termithi, who said it is true and fine hadith.

Photo from Niksyu.

Tuesday, February 10, 2009

Rukhsah

There's no usrah this week.
Some empty spaces there..

Btw, nk bicara psl rukhsah dlm post ini.
Rukhsah atau keringanan dlm melaksanakan ibadat.
Selalunya,kalau sebut rukhsah, benda pertama dlm otak- jamak dan qasar.

Bagi pelajar Muslim terutama di negara empat musim ni, di mn semua belajar dlm sistem Barat yg tak mementingkan agama, solat menjadi satu isu.
Tambah2 bila waktu solat singkat dan clash dgn waktu belajar.
Parah.
Tambahan pulak kalau dpt lecturer yg tak b'toleransi.

Tapi di sinilah nampaknya kelebihan rukhsah.
Sedikit clarification di sini.
Qasar atau memendekkan rakaat solat hanya ekslusif untuk musafir dan tertakluk kpd syarat2 tertentu.

Manakala bagi jamak atau menghimpunkan dua solat dlm satu waktu merupakan advantage kepada musafir mahupun mrk yg dlm kesusahan.
Kesusahan yg bagaimana?
Kita ambil contoh, seorang doktor.
Doktor ini perlu menjalankan operation selama 8 jam (mahu pulak dia head surgeon).
8 jam.
Sudah tentu dia akan terlepas waktu salah satu solat fardhu (melainkan kalau dia buat operation dr mlm smpai pagi)
Dalam hal ini, adakah logik doktor itu halt sebentar operation untuk bersolat.
Bygkan anda di meja bedah then doktor tu kata " I need to pray for a while and we will continue this operation after that"
Anda dlm thp kritikal doktor pulak nk solat.
Tak rasa nk baling skalpel kat doktor 2 ka? (pinjam ayat Hlovate)
Dalam Islam juga, antara perkara2 yg wajib dipelihara oleh manusia ialah nyawa, akal, harta dan keturunan.
So utk situasi2 darurat seperti ini, maka dibolehkan doktor itu untuk menjamakkan solatnya.
Begitu juga, pelajar2 yg perlu menghadiri kuliah mahupun kelas praktikal dan kesempitan waktu untuk bersolat, dibolehkan kpd mereka untuk menjamakkan solat.

Berbalik kpd rukhsah solat musafir.
2 kelebihan- jamak dan qasar.
Tetapi, pernah ada yg berkata kpd sy.
"Kita skrg tak perlu nak solat jamak qasar apa dah. Kat Malaysia ni semua lgkp. PLUS ada RnR, tmpt solat"
Sinis ayat itu.
Tapi tak menjwb la waktu tu kn sbb takda jwpn (hehehehe)
Tp Alhamdulillah, bbrp bulan lps 2, sy dgr talk dr Dr Mohd Asri.
Katanya, pernah seorg sahabat b'tny kat Rasulallah SAW.
Ayat mereka lebih kurang begini
"Wahai Rasulallah, perlukah kita menjamakkan/mqasarkan solat. Sekarang kita tidak lagi diancam bhy dan dikejar oleh kaum Quraisy. Kita boleh shj bersolat seperti biasa"
Kata Rasulallah
"Anggaplah itu hadiah dr Allah buat kamu"

So kpd siapa2 yg rs tak nak laksanakan rukhsah walaupun dah cukup syarat.
Terpulanglah.
Tapi tu kan hadiah Allah buat kita.
Tak nak terima ka?

Tepuk dada, tanya selera.
Sekian

Saturday, January 24, 2009

Tazkirah

Hari Kiamat.
The day of redemption.
May it be a breath away?

Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”

Bacalah dan renungkanlah.


Jibril dan Malik

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”



Rasulallah Membela Umatnya

Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”

Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!”
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”

Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.



Al-Mizan

Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”
Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.

Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.”
Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”

Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!”

Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”

Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: "Umatku telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.”

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.”

Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!”

Di Titian Sirat

Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”

Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.”

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”

P/S : for the full story, click here
Nak kata apa?
Rasa terpukul?
Ya.
Sedang diri sendiri tidak pernah kisah ttg diri sendiri pd hari itu.
tetapi Rasulallah SAW dan para malaikat masih mengasihani.
Layakkah saya, yg tak begitu ambil kisah mendpt perhatian sedemikian rupa?
I always ask myself-kenapa masih tiada perasaan takut?
Kenapa hidayah tak dtg2?
Tp kwn sy pernah beritahu.
Benarkah hidayah itu tidak datang?
Atau hidayah itu sebenarnya telah lama mengetuk pintu hati,menanti tuan empunya menguak pintu dan menyambut kedatangannya?
Di situ,saya tahu,bukan hidayah tidak datang,tapi saya yang belum mahu menyambut kedatangan tamu itu.