melalaklah, menangislah, ketawalah, senyumlah.
Puas-puas.
Sebelum fasa keserabutan bermula (khusus untuk yg merancang nk promote diri sendiri bagus kepada sponsor2 seantero Malaysia)
Zaman daku amik result SPM. Status diri: freshly baked (atau perkataan yg lebih enak, tanned gitu) from PLKN
Untuk siapa2 yg tidak tahu apa2, result SPM 2008 diumumkan pada 12 March 2009.
Malangnya sy masih tidak kesempatan bertanya khabar result adik sy memandangkn pbezaan waktu.
So,
Nasihat dari orang yg pernah mempromosikan diri sendiri :
~ fotokopi segala sijil2 yg mengatakan kehebatan anda (sijil berhenti sekolah, sijil pengawas, sijil kuiz, sijil beranak dll.)
~ sebaiknya fotokopi mestilah lebih dari tiga set
~ kembali ke sekolah dan berilah pen kepada pengetua anda sebagai alat untuk beliau menandatangani salinan sijil2 anda yg 15 inci tebal itu
~ sesi fotografi. Ke kedai gambar dan tangkaplah gambar bersaiz passpot (lebih banyak keping gambar yg dicuci lebih bagus.Selain dari kegunaannya yg banyak utk borg2 permohonan, anda juga boleh mendapat diskaun harga gambar itu)
~ bacalah isu-isu semasa (ya saya tahu isu semasa di Malaysia agak membosankan sekarang). Kelak, anda akan disoal semasa temu duga. Kalau nak medic bacalah sisipan kesihatan akhbar2 di Malaysia. Boleh juga melayari internet.
~ belilah surat khabar. Kerana ada banyak iklan tentang biasiswa2 bg yg berminat (selain itu, di kemudian hari, surat khabar itu boleh digunakan utk membungkus nasi mahupun lapik semasa memotong bawang)
~ bagi seiapa yang mahu menjadi cikgu, anda perlulah peka tentang tarikh nombor pin mula dijual di BSN (Bank simpanan Nasional)
~ jika anda pasti tentang bidang yg diminati dan layak utk anda dan anda tahu agensi mana yang anda hendak minta bantuan kewangan, jangan berlengah lagi. Carilah maklumat tentang bidang yg anda mahu beserta latar belakang agensi pemberi duit itu (kalau nk org tlg kita, kita perlulah kenal org itu kn?kn?kn?)
~ mantapkanlah skil mempromosi diri sendiri dan tolonglah pastikan anda menggunakan tatabahasa yg betul dan nahu Inggeris yg boleh membuatkan penemuduga anda tidak tersenyum sinis terhadap kesalahan bahasa anda.
Oh untuk sesiapa yg masih tidak tahu status dirinya (read : masih tidak mempunyai cita2, masih tidak tahu bidang apa yg memberi kepuasan kpd diri sendiri/duit yg lumayan, mahupun ingin mengetahui kelayakan mrk berdasarkan keputusan SPM) anda sangatlah dialu-alukan utk berjumpa dgn kaunselor sekolah anda (walaupun ada di antara anda yg tidak pernah tahu wujudnya kaunselor di sekolah anda. Percayalah, manusia berjawatan kaunslor itu wujud di setiap sekolah bantuan kerajaan)
Sekian dari saya buat masa ini.
Selamat berjaya kpd anda.
p/s : ini adalah bdsrkn pengalaman sy yg lps (er, adalah hampir 2-3 tahun lps). jd, sy tidaklah maklum seandainya senario telah berubah dgn peredaran masa.
hahahaha...pesana yg baguih
ReplyDeleteMakasih
ReplyDelete