Friday, October 29, 2010

Sakit Hati?


Gambar sekadar hiasan. Ihsan Cik Dalila.

Note : this entry is reposted from our blog and written by me. I hope to share it over here too.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Maaf lama tidak menulis/menaip.
Alhamdulillah hari ini mendapat idea untuk dikongsi bersama.

Tadi pagi berlatih bola keranjang bersama dengan yang lain.
Suka!saya sangat suka bersukan ya.
Kalau ada bola baling, jangan lupa merisik kalau saya nak jadi penjaga gol
Oh ok, kembali ke topik asal.

Dipendekkan cerita yang tidaklah begitu panjang, cik Winnie telah merasa sakit di bahagian abdomen belah kanan.
Biasalah budak perubatan, macam-macam teori dikeluarkan kami.
Appendiks la, kemudian meleret ke diaphragm(bahasa Melayunya apa ya?) dan seterusnya ke hati.
Menurut kak Noleq, sakit hati tak boleh dirasa
Sakit hati di sini merujuk kepada masalah hati seperti kegagalan hati, dan cirrhosis.
Bukanlah sakit hati subjektif macam sakit hati kena perli dsb.
Oh benarkah?saya agak tertarik dengan pernyataan itu.
Sememangnya saya tidaklah tahu kalau ada masalah hati adakah kita akan berasa sakit atau tidak dan tidak pernah pula terfikir adakah dirasai kesakitan dari penyakit hati itu (maaf, saya rasa ayat saya terbelit, namun harap anda faham apa yang cuba saya terangkan)

Tapi saya tahu, kalau kita ada masalah jantung, kita dapat merasakan kesakitan or the feeling of something itself.
akan merasa sakit bila kena serangan jantung
Sakit yang asal dari jantung turut dipancarkan ke lengan kiri
Jika perut kita terlebih asid, kita akan sakit perut
Rupa-rupanya masalah hati sakitnya tidak terzahir pada deria kita.
Sebabnya tiada saraf yang istimewa khas untuk menyampaikan maklumat sakit dari hati.

Sebab apa ya saraf itu tiada?
Saya telah diajar, sakit itu perlu supaya kita dapat bertindak untuk menyelamatkan diri kita dari mudarat.
Contohnya, kalau tangan terkena seterika panas, bayangkan kalau rasa sakit itu tidak wujud, sampai kesudah kita tidak sedar yang seterika panas itu telah memudaratkan sebahagian besar jari kita.
Jadi sakit itu nikmat, setuju tak?

Tapi kenapa hati tidak memancarkan rasa sakit?
Jom kita ulang kaji fisiologi dan biokimia.
Hati merupakan organ yang fascinating bak kata Inggerisnya.
Mempunyai kemampuan untuk regenerasi yang menakjubkan.
Ini disebabkan fungsi hati itu sendiri yang banyak menyebabkan sel-sel hati termusnah.
There are the toxics, there are the multiple functions to serve.
Yes, liver is no doubt the most efficient multitasking organ in my opinion.

Jadi pada pandangan saya, disebabkan oleh faktor tugasnya yang memerlukan hati didedahkan dengan bahan toksik ditambah pula dengan reputasi hati sebagai organ yang paling tinggi suhunya di dalam badan (40 darjah selsius), logiklah sekiranya hati tidak dibekalkan dengan sense's nerve ending.
Mampukah kita merasakan sakit sepanjang masa yang disebabkan oleh kehadiran bahan toksik di dalam hati yang mempunyai deria rasa?
Betapa teraturnya perancangan Allah.
Hati itu sendiri sedang berbicara dengan kita tentang kehebatan Allah (celup dan modifikasi ayat Kak Lene)

Akhir kalam, jangan jadi seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain. Lilin akhirnya terkorban untuk memberikan nyalaan tak seberapa kepada orang lain.
But be like the liver which detoxifies for the benefit of other organs yet still regenerating and rejuvenating itself.


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan
siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang
Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati
(kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan
yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan
kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (QS. Al Baqarah [2]:164).

Love your liver, stay clear of beer ^,^

Thursday, October 28, 2010

From Myself To Me

Jangan jadi seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk menerangi orang lain. Lilin akhirnya terkorban untuk memberikan nyalaan tak seberapa kepada orang lain.
But be like the liver which detoxifies for the benefit of other organs yet still regenerating and rejuvenating itself.

Mode : crisp, blessed autumn.Alhamdulillah.


Monday, October 25, 2010

Mak

Miles and miles of empty space in between us
The telephone can't take the place of your smile
But you know I won't be travelin' forever
It's cold out but hold out and do I like I do

-Celine Dion, When I Need You-


To all the years that we passed and to the many more to come.
I'll be away most of the time, for that is the path that I choose to lead.
But I always carry you in me, because you are a part of me.
and I love you, I always do =')




Thursday, October 7, 2010

Today I Realise


that only doctor can stare at a stranger's chest (read : whatever part of the body) without having to feel guilty.

What's more, doctors are paid for it.
No, I'm not being pervert here.
Just am amused. =P

Tuesday, October 5, 2010

Kelas Bahasa Melayu 2005

Note : This was typed after I attended a BBQ party at my high school last summer holiday.

Lencana di dewan besar SMSTSSS. Gambar dari Assila Ibrahim.


Mode :

~ semalam melawat sekolah, maka terimbas memori lalu


Di tingkatan 4 Bestari, guru yang mengajar BM merangkap Master of Ceremony sekolah ditakdirkan mengajar kami bahasa Melayu.

Keeeeesimpulannya, kelas berkenaan merupakan antara kelas yang paling melucukan di antara semua kelas yang pernah saya hadiri sepanjang hidup setakat ini.


Untuk kelas BM, beberapa pegawai dilantik oleh guru BM kami.

Tugas pegawai ialah

~ pergi ke bilik guru seraya mengingatkan cikgu BM kelas akan bermula

~ menolong mengangkat apa yang patut

~ menulis tajuk yang akan diajar besar-besar di papan putih

~ memeriksa dan mengumumkan darjah kepanasan rakan-rakan

Pegawai-pegawai dipilih dari antara pelajar yang disukai secara persendirian oleh cikgu BM dan mereka juga diberi beberapa keistimewaan dan ole-ole di hujung tahun.


Apabila guru BM sedang dalam perjalanan ke kelas 4 Bestari,beliau akan menuruni tangga yang elegan dan kami perlu mengetahui sekiranya guru BM telah berada di tangga berkenaan (susunan meja adalah membelakangkan kawasan tangga)

Sebahagian warga 4 Bestari sebelum kelas dinaiktaraf. Gambar dari rakan sekelas.

Kami perlu berdiri sebelum beliau memasuki kelas

Salam diberi mengikut lenggok suara yang dipersetujui bersama dan pelajar hanya duduk apabila beliau membengkokkan kedua dua tapak tangan beliau secara berseragam.


Sesi seterusnya ialah sesi melaporkan kekuatan oleh ketua kelas

Tiada apa yang lebih susah pada waktu itu kecuali menahan ketawa (apabila anda terpaksa duduk di belakang orang yang ketawa dalam diam sehingga terhinggut-hinggut bahu) ~inilah keadaan apabila seisi kelas yang berpesonaliti kanak-kanak tadika terpaksa menyembunyikan identiti sebenar dan diganti dengan personaliti bagaikan protokol di istana. (perumpamaan agak hiperbola)

Kelas kami mempunyai pelan kedudukan (didokumentasikan di atas kertas) dan kesalahan menduduki tempat yang bukan hak milik anda boleh dikenakan hukuman yang berat mahupun ringan berdasarkan penilaian yang dibuat.
Contoh : jika anda anak pegawai JPN, tidak mengapa. Jika anda Nurlina Binti Wanshah, jaga2!


Kelas adalah sangat berinformatif dan melucukan.

Kerja rumusan perlu dirumuskan dengan perkataan keeeesimpulannnya (amaran :perkaan seperti konklusinya, rumusannya tidak boleh sama sekali digunakan)

Memandangkan kelas dijalankan berkonsepkan varsiti, pelajar tidak perlu bangun untuk bertanyakan soalan mahupun ketika memberi jawapan.

Sekiranya tepukan tangan diperlukan seperti selepas rakan mendeklamasikan sajak, tepukan perlu diberi ala parlimen iaitu perlu menepuk meja. Saya rindu sungguh nak menepuk meja sekarang =(

Peperiksaan Bahasa Melayu pula dijalankan secara bertulis dan lisan.

Pernah saya tidak sempat menulis nama penuh memandangkan waktu telah tamat, oleh itu saya mendapat nama baru : Li binti Na.
Kertas kajang perlu diikat tidak terlalu ketat ya.

Jangan risau, nama itu masih kedengaran enak jika dibandingkan dengan nama-nama lain

Dalam kelas saya terdapat

~ anak laut : kerana tembok belakang rumah terkena tsunami.

~ gajah Tok Mia : cerita ini agak panjang.sememangnya seluruh isi kelas 4 Bestari 2005 secara automatik akan senyap ketika kelas BM (baca : kurang bertanya, banyak mendengar dan ini tertakluk kepada kelas BM sahaja). Pada suatu hari, seperti kebiasaannya rakan ini riuh-riuhan dengan yang lain, dan ditakdirkan cikgu BM rupa-rupanya sedang meneropong dari tingkap belakang. Cikgu BM lalu menamakan beliau gajah Tok Mia.
Suasana 4 Bestari setelah kelas dinaiktaraf ~ pendingin hawa, lantai jubin, tingkap gelap, bidai, cat baru. Hasilnya, dicemburui rakan-rakan kelas lain.

~ benang emas

~ anak pegawai JPN

dan di dalam kelas BM kami menemui kelebihan masing-masing dalam bidang penulisan

ada yang menulis menggunakan times new roman

ada juga yang menulis menggunakan tulisan hieroglif.

seorang rakan yang juga merupakan rakan sekolah rendah saya mempunyai tulisan yang cantik dibaca. namun disebabkan huruf y yang ditulis beliau mempunyai ekor yang slightly curvy, tulisan beliau digelar tulisan yunani oleh guru ini.


ujian lisan merupakan ujian yang paling mendebarkan

Tetapi berkat ujian kepanasan tangan sebelum bercakap di hadapan, segalanya berlaku dengan hati yang senang.

Pegawai akan memeriksa kepanasan tangan rakan pelajar

Indikasinya hanya dua

~ panas membara

~ sejuk-sejuk penjuin


Setahun kelas BM saya lalui dengan penuh kesabaran.

Sungguh saya sangat bersyukur diberi peluang menghadiri kelas BM sepanjang 2005.

Saya bukanlah anak pegawai JPN namun saya bukan juga anak laut

Pernah ditilik akan merampas suami orang bila dewasa (kerana duduk di tempat hadapan kepunyaan kawan saya yang sakit yang sedang berada di sickbay)

Berkat melepasi kelas BM 2005, kami sekelas boleh riang gembira menyanyikan lagu terima kasih cikgu mengikut melodi lagu hari jadi kepada guru ragbi yang juga guru BM bagi 5 Bestari tahun 2006.
Gambar kelas 5 Bestari 2006. Tiada dalam gambar, Prem Kumar. Hilang entah ke mana.

Kesimpulannya, saya gembira pernah menjadi kawan rapat 2 orang pegawai yang paling disayangi. (motif???apakah??? =p)
Hampir terlupa, salah satu benda yang saya suka tentang kelas Bahasa Melayu ialah pantun. Walupun sudah hampir 4 tahun meninggalkan bangku persekolahan masih merindui budaya berpantun di sekolah. Mungkin kenangan pantun boleh diabadikan pada post akan datang.