Thursday, September 15, 2011

Tudung

Kelmarin ke pasar Pulau Tikus. Tujuan membeli bunga kekwa dan mata kucing.
Nampak tudung. Material dia net. Besar. Muat nak tutup makanan.
Tudung saji dibeli dengan harga RM6 tanpa tawar menawar.
Abah kata wajib tawar menawar baru boleh selamatkan RM2. Abah kata lepas beg plastik berisi tudung saji tu dah ada kat tangan.
Takpalah, it's never too late to learn.

Sebenarnya bukan nak cakap pasal tudung saji.
Tapi nak cakap pasal tudung yang orang perempuan pakai kat kepala.
Zaman sekolah kurang berkemampuan.
Pakai tudung yang sama untuk kelas dan riadah.
Juga kurang pengetahuan.
Pakai tudung bawal yang see through.

Zaman pre-uni, pakai tudung mak cik bagi.
Besar, dan kain yang sopan~tak nampak batang leher lagi dah.
Zaman universiti pun masih pakai tudung yang sama. Selesa.
Kadang-kadang pakai pashmina.
Tengok orang pakai selendang, oh rasa nak pakai.
Tapi sebab sedar diri dan sudah ukur tudung di badan sendiri, shawl yang selalu diulang pakai hanyalah 2 shawl percuma dan 2 shawl bukan percuma.


Tahun ni pulang lagi bercuti di Malaysia.
Sebab Pulau Pinang boleh dikatakan ada segalanya, harapan di hati agar dapat cari tudung krim yang besar macam tudung bawal biasa tapi tak la senipis kulit bwang macam tudung bawal biasa.
Tiada. Zilch. Nada. None.
Semua jenis tudung ada.
Bawal tambak, bawal hitam, bawal putih. Siap ada bunga dengan manik terlekat sana sini.
Ada jugak manik bersinar bak cahaya dari baju Ramlah Ram masa anugerah juara lagu 1988.
Selain tu ada pelbagai tudung yang menepati semua kriteria kecuali kriteria tudung krim kosong tidak bercorak.
Paling banyak tudung yang pakai kena ikat sanggul tinggi-tinggi, tak pun tudung yang orang pinkan di belakang tengkuk untuk dapatkan efek kawan-kawan Maria dalam The Sound of Music.
Dalam semua tudung-tudung yang ada, awat la tudung yang paling simple tak dak.
Macam mana nak zuhud ni?

2 comments:

  1. hehee...tau2! ari tu pun ak cari tudung...punye la ssh..kat blkg2 kedai baru ada..tu pun x suma kedai..

    pastu, balik thn ni, sbb pakai tudung fesyen lama..kdg2 bler ak kuar...rasa diri sgt 'outstanding'. lol =p

    hg blk cni 2hb ke?

    ReplyDelete
  2. Aina, aku rasa kita perlu hantaq surat kat KPDNHEP cakap kita memerlukan tudung mcm ini dan skirt yang panjang sikit.yes, sampai 2/10.awat?

    ReplyDelete