Thursday, November 17, 2011

Emo

Hari ini nak buat entri emo.
Kalau anda teka sebab datang bulan, teet, tekaan salah. Wrong guess.

Hari ini gelap dan suram.
Hari ini juga tanda-tanda blank muncul. Iya, blank itu ialah emptiness yang tidak berdimensi.
Alangkah indah kalau setiap hari ada kelas dan masa petang dan malam yang penuh terisi dengan riadah dan ulangkaji wajib.
Sesungguhnya saya adalah seorang yang malas mengulangkaji sorang-sorang kalau tiada ujian mahupun peperiksaan.
Ini semua salah sistem sekolah berasrama penuh yang mewajibkan waktu prep 2 kali sehari.
Sekarang saya rindu nak mengulangkaji di dalam kelas yang dipenuhi Ili, Ain, Shafiqah, Afiqah, Syikin, Farah, Prem, Mat Jat, Nia, Midi, Ridzuan, Ronnie dan rakan-rakan lain. Tak kisahlah kalau mereka yang lain tak mengulangkaji malahan riuh mendendangkan lagu teletubbies atau lagu Marsha Milan Londoh atau giat mengusik sesama sendiri. Tak kisah, asalkan mereka ada di sisi saya, baru semangat sikit nak mengulangkaji.
Selalu saya tertanya-tanya apa khabar mereka. Kebanyakannya sibuk kecuali Prem sebab dia tengah menanam anggur kat rumah selepas habis peperiksaan terakhir tahun akhir dalam bidang yang sangat saya suka.

Saya juga emosi sebab di hari cuti yang gelap lagi suram ni bukan macam hari yang gelap lagi suram di Malaysia.
Kalau di sekolah, seisi dorm berkumpul untuk makan atau minum apa sahaja.
Makanan tidak semewah mana, tapi teman makan yang penting. Motto kami ialah selagi roti itu tidak berkulat, selagi tu boleh makan dan selagi air tu tak berkeladak selagi tu boleh minum. Tu motto zaman hingusan la.
Kalau zaman PLKN, seronoknya mashaallah, dengan rakan-rakan yang berbagai latar belakang, kami sentiasa berjaya melicinkan juadah yang ada. Tidak perlu pinggan cantik atau cawan yang katuh boleh pecah. Cukup dengan tray dan cawan plastik yang kalau tergolek turun bukit, kita masih boleh jumpa dan kutip bila sampai di kaki bukit, sebab akan ada lagi beratus orang yang makan sekali dengan kita.
Zaman MSU, walaupun pilihan makanan terhad dan mahal, rasa seronok bila boleh bersembang bercerita tantang hari yang baru berlalu, ataupun membuka cerita zaman persekolahan sambil makan.
Moga-moga masa akan datang sangat macam masa yang lalu.

Saya juga emosi sebab saya sensitif. Biarkan saya menaip di sini, untuk diri saya sendiri, dan mungkin untuk awak tahu, sekeras-keras saya yang awak nampak, saya masih punya emosi yang lain. Cuma cara kita menzahirkan berbeza.
Ada orang bila mahukan sesuatu dari kita, sangat bermanis mulut dengan senyum terhias.
Mungkin ramai tertanya-tanya. Hari ini saya akan jawab persoalan-persoalan.
Orang ingat saya main-main tentang sesuatu perkara tapi saya tahu, sekiranya saya tidak mampu memberikan komitmen, saya seupaya boleh mengelakkan sesuatu itu.
Hari ini saya buat macam-macam untuk kamu, tahun depan, khabar kamu pun saya dah tak ambil tahu. Saya tidak mahu jadi begitu, sekurang-kurangnya tidak secepat itu saya menjauh dari kamu.
Saya bukanlah orang yang mengikut arus sangat. Kalau kamu suka main patung kertas, hari ni saya lebih selesa baling guli, tapi mungkin tahun depan saya akan main dan sangat suka patung kertas. Ini ujian buat saya dan mungkin juga buat kamu.
Kamu tahu kalau saya tidak berminat dengan patung kertas, kamu bagi percuma berpuluh pun saya tidak akan suka. Sekarang. Tapi mungkin lagi 3 bulan saya teringin nak main patung kertas, jadi saya harap kamu jangan la nanti main patung kertas sembunyi dari saya.
Saya harap saya tidak akan lupa, yang Allah itu yang merubah hati manusia mengikut kehendak Dia~ sepantas kilat, selambat siput babi.

Ada satu benda yang buat emosi saya bagus. Saya tahu saya ini budak yang meredah lumpur, mengangkat batang pisang di tanah lembap untuk memenuhkan cacing dalam tin kacang panggang dan masuk hutan korek ubi kayu. Tapi tak salahkan kalau saya memandang kepada budak yang pakaiannya bersih, yang tahu main chess, dam, scrabble dan yang seangkatan dengannya. Sebab selasak-lasak saya, saya juga punya masa bila mana saya ingin mandi dan duduk baik-baik dalam rumah dengan budak yang berpakaian bersih tu.

Saya memang berbeza, tapi saya harap saya masih dapat duduk dengan orang yang berbeza dengan saya.
Oh, Allah dah hantar jemputan. Ok, saya nak pergi makan sup cndawan ramai-ramai di rumah atas.

2 comments:

  1. saya pun emo gak. :)

    ReplyDelete
  2. Cikin : Ok la tu.tandanya kita ni masih la ada persaan. (ayat penyedap hati sendiri)

    ReplyDelete