Amaran : entri ini ialah entri emo. penuh dengan ketidakpuasan hati penulis dan atas sebab-sebab yang jelas, adalah ditulis di dalam bahasa ibunda penulis
Kebarangkalian adalah besar untuk setiap orang yang hidup melebihi usia 20 tahun di dunia ini untuk berjumpa dengan orang lidah bercabang. Penulis ditakdirkan untuk bukan sahaja berjumpa, malah terpaksa berada di dalam satu kumpulan dengan seorang lidah bercabang. cukuplah penulis menggelarnya kerismas.
Di awal perkenalan, telah terserlah sikapnya yang suka memutarbelitkan kebanyakan perkara. tetapi disebabkan penulis ialah seorang yang lurus bendul dan lebih cenderung kepada mengharapkan setiap orang itu sifat lahiriahnya tulus dan jujur, penulis telah banyak kali kena libas. hangin saja setiap kali.
Oh, beliau mempunyai anutan yang berbeza dari penulis dan semasa penulis masih tidak matang, selalu bertikam lidah berkenaan perbezaan ini. Kini, penulis sedar apa yang ditimbulkan kerismas sentiasa berdalangkan unsur provokasi. dan kerismas ialah seorang yang bijak memanipulasi fakta yang seciput yang dimilikinya.
Kehidupan penulis aman damai pada semester musim sejuk lepas kerana kerismas amat jarang menghadiri praktikal-praktikal. Ini kerana setiap pembahagian kumpulan, kami pasti akan berada dalam kumpulan yang sama kerana nama keluarga kami bermula dengan huruf dabeliu. Bahagianya usah dikata sampaikan ketika mendapatkan tandatangan kredit untuk subjek internal medicine, kerismas terus meluru ke depan dan menjadi orang pertama mendapatkannya walaupun dia hanya ke kelas lebih kurang 3 kali sahaja, penulis kurang tak puas hati.
Penulis sangat syak yang kerismas selalu menipu tetapi tidak mempunyai bukti-bukti konkrit. kecuali untuk kelas mata. kerismas hanya ke kelas sekali!dan apabila ditanya guru, jawapannya, kaki patah. Penipu! gambar-gambar di laman sosial jelas menunjukkan kerismas di mana-mana sahaja ~ wayang, pantai tropika,majlis kahwin ~kecuali di kelas.
Pada suatu hari yang tenang di dalam kelas yang boring, pensyarah yang bersikap sangat skeptikal dan straightforward macam peluru scud sedang membincangkan musik ~ musik Barat, zaman 70-an. musik yang selari yang penulis ketahui hanyalah twinkle-twinkle little star, marry had a little lamb, humpty dumpty, baaa baa black sheep dan london bridge. keris mas berada di dalam kelas tersebut dan memprovokasi pandangan pensyarah.apa itu punk dan tahukah kamu apa nama kumpulan-kumpulan punk yang wujud. bila kerismas membuka mulut memprovokasi, penulis terus tanpa rasa bersalah cuba untuk tidoq. terus tak jadi tidoq selepas beberapa ketika pensyarah dengan penuh yakin bergaya berkata "saya mintak maaf saya kata ni, tapi kamu tidak punya idea pun tentang apa yang kamu kata". dialog setelah dialih bahasa. woooweeeee. cincha daebak la cikgu aku ni.terus saham naik mencanak-canak di mata sepetku. he said the truth and he said it splendidly well. terdiam kau kerismas tu.kalau boleh nak tepuk tangan kuat2 sampai sakit.
Dan hari ini nasib malang lagi terpaksa satu kumpulan dengan kerismas.seb baik kumpulan besaq. seorang kawan senegara yang ikhlas dan benar-benar ingin tahu telah bertanya kepada pensyarah kelas kebersihan dan perubatan pencegahan. lebih kurang macam ni la bunyi dia
"chegu, chegu, apa relevannya orang zaman dulu hidup begitu lama sampai beratus tahun dan dengan perubahan zaman, orang kini mepunyai purata hidup 70-80 tahun?adakah faktor pencemaran alam sekitar memainkan peranan penting"
cikgu muka blur cuba register apa yang ditanya. pada pandangan penulis yang tak semestinya betul : cikgu ingat zaman dulu = zaman kolonial. zaman kolonial, banyak wabak tersebar meluas dan ramai yang mati dalam umur pramatang.
penulis faham kawan penulis maksudkan zaman dulu = ancient time bukan medieval time nor colonial time.
zaman purbakala bukan zaman kesultanan melayu melaka.
" oh. contohnya adam dan hawa kan hidup hampir seribu tahun."
dan kerismas tanpa berlengah lagi terus menjadi lahanat dengan mencantas. lebih kurang macam ni la bunyi dia
"kau mana boleh samakan kepercayaan kau dengan orang lain. untuk semua yang kita tahu, mungkin cikgu tak percaya pun yang adam hawa tu wujud"
lahanat tak?suka digress dari topik asal.
oh, cikgu masa tu baru cua nak faham soalan apabila kerismas tiba2 menyampuk.
padahal beberapa ketika sebelum tu dia selamba badak ayaq saja kata manusia asal dari beruk. hello *sambil angkat tangan tanda stop*, kau mungkin asal dari beruk, aku tidak. masa tu tak pikiaq pulak pasai pandangan/kepercayaan org lain. practise what you preach la wei.
dalam cuba meredakan kekalutan yang berlaku, panulis cuba menerangkan situasi yang rakan sedang bertanya pasal manusia purbakala.
kerismas mencantas "mana kau tau dia hidup ratus riban tahun?"
penulis : kau buat la ujian karbon. boleh tau umoq depa pakai cara tu
kerismas : ooo, ada eh sisa2 adam hawa. kau jumpak mana. (lihatlah dunia, inilah yang buat aku benci nak merelevankan benda dengan makhluk yang tak perofesyional macam ni)
penulis bercakap dengan cikgu : oh cikgu penah dengaq pasai methuselah?
semua org termasuk cikgu dalam kelas serabut dan blur dan tak tau pasai Methuselah. ah, lupakan Methuselah. apa2 ajelah.
Rakan, kini kau selamatkanlah diri kau
Kerismas bertali arus menentang itu ini.
Ujian karbon hanya uji karbon mpatblaih lah. tak boleh uji umoq lah. yang dia uji hanya jangka masa dari kematian sampai ujian dilakukan lah.
ok penulis mcm whatever lah kau.
sampai satu tahap dia cakap
ujian karbon tak boleh menentukan umoq la.itu sampah. tongsampahkan itu.
disebabkan penulis sangat tsiqah dengan apa yang penulis tahu sebab rasanya baru baca pasai ujian karbon. tapi penulis mungkin salah.
macam mana penulis boleh pi baca pasai ujian karbon?oh, penulis mmg suka baca benda2 yang pelik2.
dengan lajunya penulis menwikipedia pasai ujian karbon.
alhamdulillah, tertera dalam wikipedia, yang ujian karbon ialah untuk mengesahkan hayat/umoq sesuatu makhluk.
nah hamekkau.
lepaih kerismas baca kat wikipedia, dia sengap macam tikuih. selepas mengtongsampahkan fakta, tiada kata maaf diucapkan. takpa la, penulis tak perlukan maaf dari orang mcm kau kerismas.
Pengajaran dari cerita panjang berjela ini ialah, bak kata cikgu yang skeptikal tu, janganlah kau pung pang benda yang kau tak tau sangat.
Pengajaran lain, cubalah hormat pandangan orang lain. boleh kalau nak tak bersetuju, tapi luahkanlah dengan relevandan bertempat. buang sikap suka memprovok tu.
adios.
nampaknya memang ada manusia yang serupa dlm setiap batch. mungkinkah tahap intelek yang tinggi menjadi kompromi eq yg rendah? haih..keras kepala betol dorg pabila topik debat dihidang~~
ReplyDelete