Tuesday, March 26, 2013

Boneka Yang Mengajar Manusia Macam Saya

Hari ini saya berjumpa ahli syurga.
Perempuan.
Umur 7 tahun.

Ini kali pertama saya terpaksa cover tak nak menangis.
Doktor belum habis menerangkan lagi, mana boleh banjir.

Berulang kali saya cuba yakinkan diri saya.
Takdir yang Allah susun untuk adik ini sangat berhikmah.
Walau saya tak boleh nampak apa hikmah tu.

Saya pegang tangan dia. Lembik, sangat lembik.
Selak selimut tengok kaki dia.
Tepuk-tepuk tangan dia dan panggil nama dia. mata dia yang memang sedia tertutup hanya berkerut dan berkedip.
Kulit dia elok.tidak kering, tidak berbunga violet.
Cuma mungkin dari mulut dia melelah air liur sejejer.

Rupa-rupanya adik itu bakal ahli syurga.
Sejak lahir, otot pernafasan dia tidak boleh dipakai. sejak lahir ditemani alat bantuan pernafasan.
Lepas tu dia hanya boleh menggerakkan tangan pakai bahu dan pinggul.
Lepas tu otot leher tidak berfungsi. Kepala ditolak dengan bahu.
Sekarang dia tak ubah macam anak patung. mata terkatup terbuka.
Dengan keadaan yang macam tu, dia berjaya sembuh dari beberapa jangkitan yang kalau iktu logik akal adalah membunuh.

Bagi keluarga dia, terlalu berat untuk menerima keadaan anak yang macam tu.
Jadi sejak kecik, dia jadi ahli keluarga PICU.
Misi-misi lah yang menjaga dia sempurna macam tu.
Dan kami-kami, pelajar perubatan, jadi pelawat.

Adik yang Allah sayang,
terima kasih.
dalam keadaan adik yang macam boneka, adik dah buat 2 bakti untuk saya
sebab adik, saya akan selalu ingat macam mana rupanya pesakit yang ada hypotonic syndrome.
adik juga ajar saya jadi lebih bersyukur dan terus berfikir tentang takdir dan bersangka baik dengan Allah.

Pertama kalinya juga, saya betul-betul tahu siapa yang saya mahu jumpa di syurga.
Saya mahu jumpa boneka sayu di atas katil PICU tadi.
Dan waktu itu saya mahu senyum dan bukannya hampir mengangis macam tadi.



No comments:

Post a Comment