Thursday, April 26, 2012

Masa Lalu

Saya letak sehelai (sehelai, bukan sekeping) bulu merak di dalam buku tulis. dengan serbuk pensil. harapan untuk membiak bulu itu biaq jadi besaq sekeping. keputusan : semua bulu merak yang dibiak hanya mengeluarkan sehelai sahaja lagi bulu.

Daun setawar. Ialah daun yang dikepak. Hasilnya, daun2 akan tumbuh dari daun setawar itu.

Mencari kulit siput. cantik, menarik.

Menghambat ketam kecil yang sangat jarang terhambat. Ketam kecil selalunya pantas berlari pup masuk lubang.kalau korek pun buat sakit hati sebab tak kan pernah jumpa balik.

Menangkap belalang. sanggup ketepikan rehat untuk tangkap belalang. kalau dapat tangkap belalang kunyit, perasaan macam dapat nombor satu dalam peperiksaan.

Mencari kepompong. lepas tu tengok rama-rama keluaq. priceless.

Mencari sarang burung for no reason at all.

Tapi ada benda yang sampai sekarang tak imun
- ayam belanda atau nama glamernya ayam piru. kerja nak hambat orang saja, sembelih nanti baru tau!
- nyamuk penghisap darah. bingit. gatal. parut.
- cicak. bingit. kalau jatuh atas badan, euw, sejuk gedik terus, tadaknya sejuk-sejuk pingu.

Lupa, lagi satu benda seronok ialah menyepak ulat gonggok, shringggg, terus ulat gonggok menggulung diri.
Itu masa lalu. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment