Tak kisahlah kapal apa. Kapal terbang yang terbang membelah awan mahupun kapal yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia.
Saya tidak pernah lagi menaiki kapal yang belayar di laut, kapal terbang yang membelah awan tu pernahlah.
Namun saya kira perasaan orang yang selalu menaiki kapal terbang jarak jauh (bahasa Inggerisnya, long haul flight) sama sahaja dengan perasaan orang yang belayar lebih dari sebulan di lautan.
Perasaan apa itu?
Secara peribadinya, perasaan itu ialah perasaan yang ingin cepat sampai ke daratan.
Selain dari kali pertama menaiki penerbangan merentas benua, kali-kali yang lain saya mengalami sedikit masalah depresi.
Justeru penerbangan terus 12 jam bukanlah pilihan. Transit is the best option.
Oh, tolong jangan cepat melompat ke dalam kesimpulan.
Bukan la depresi yang teruk pun. Kalau perlukan metafora, intensiti depresi tu lebih kurang perasaan sewaktu perlu menonton video bina karekter setiap malam selama 2 jam setengah di kem PLKN dahulu (serius bosan tahap nirvana)
Bagi kebanyakan orang, mungkin penerbangan jarak jauh agak membebankan kerana
- terbang bersama anak kecil. sebab anak kecil kalau dia mula membebel, amplifier kat SOKSEK pun kalah. Paling mantap bila bateri dia tahan lama tak perlu cas.
- tempat duduk sempit. tambah pulak kalau kau kena duduk dengan orang yang tidak pernah dikenali.6 jam pun cukup la nak bagi depresi. Oh, insomnia juga.
- bilik air yang elegan namun comel dari segi saiz dan bilangan. depresi bila bilangan penumpang 30 kali ganda bilangan bilik air. lagi ramai orang yang mengambil kafein atau alkohol, atau 10 gelas jus dalam masa 2 jam, lagi *sambung sendiri, saya yakin anda tahu situasi seterusnya*
- kalau terbang 12 jam tanpa henti di RNR (tanpa transit di mana-mana lapangan terbang), badan melekit kalah dodol + muka berminyak kalah cucoq udang saya.
Bagi saya, itu semua masih boleh diterima. Tetapi saya tertekan disebabkan pemandangan yang monotonus dan sangat kosong tiada isi nun di luar tingkap pesawat.
Memang awan cantik. Bak kapas yang halus mulus lagi gebu pada pandangan mata. Ditambah pula dengan langit biru, mahupun oren. Kalau malam tanpa bintang lagi parah, hitam sokmo.
Saya susah melelapkan mata di dalam penerbangan, cerita-cerita di dalam skrin ICE bukanlah pilihan, permainan maya pula terlalu la-ih. Pilihan yang ada setelah semua sudoku dalam buku sudoku dah penuh hanyalah merenung ke luar tingkap.
Di sini bermula. Depresi.
Selaju manapun pesawat terbang di statosfera (atau lapisan yang manapun), langit Allah sungguh Subhanallah luasnya lebih luas dari pandangan mata.
Jadi setelah 3 jam, selalunya, pemandangan yang sama yang ada di luar tigkap sana.
awan putih di bawah dan langit biru selebihnya. Itu sahaja. Macam your boat alone in the wide ocean with nothing else but the sky, no tiny island, not even a bird fly by.
Kosong bukan?
Bukan, bukan. Bukan sekadar kosong, tapi kosong sekosong-kosongnya sampai hanya ada 2 adjektif saja yang sesuai diberikan kat pemandangan tu ~ kosong dan sunyi.
Sama macam kesusahan nak melalui hari-hari dengan perasaan kosong sebab yang ada cumalah kosong (ayat seorang sister)
Cuba bandingkan penerbangan jarak jauh merentas benua (kita abaikan penerbangan sulung kita.itu kes lain.) dan lautan dengan kehidupan manusia.
Contohnya saya.
Saya asalnya berada dekat dengan Allah, namun saya memilih ke dunia. seperti saya memilih untuk menaiki penerbangan merentas benua 14 jam tanpa henti.
Saya sangka penerbangan itu menarik.
Saya tertarik dengan awan berkepul-kepul, tertarik dengan pramugara-pramugari, tertarik dengan segala macam perkara yang ada di dalam sebuah penerbangan seumpamanya.
Daratan?kita lupakan itu sebentar ya. Syokkkkk sangat naik kapal terbang ni.
Namun, setelah 2jam,saya merasa sudah tiada apa yang menarik di dalam penerbangan itu.
Saya pandang ke luar, cantiknya awan, birunya langit.5 minit berlalu, 7 minit, 20 minit. Kok masih sama pemandangannya. Bukankah kapal terbang ini lebih laju dari Formula Future.
Awat rasa macam dok nampak awan alto-stratus ja sejak 20 minit lepas.
Saya mula merasakan "emptiness" di langit dan awan yang saya nampak. Rasa tertekan sebab kosong tu tak pernah hilang dan konsisten.
Kemudian datang bau harum menusuk hidung dan mengaktifkan amygdala. Dituruti dengan kakak cantik atau pun abang smart membawa hidangan. suasana kembali ceria. setengah jam kemudian, pandang semula ke luar, dan begitulah seterusnya sehinggakan tidak sabar-sabar mahu bertemu daratan semula.
Kamu nampak, Allah itu airport saya, dunia ini penerbangan saya.
Saya pilih untuk ke dunia, terpesona sebentar dengan dunia dan terlupa kepada Allah, atau pun bukannya terlupa, tetapi tidak mahu ambil kisah sangat.
Saya pun seronok meneroka dunia sampai suatu masa saya merasa lelah.
Saya pun berhenti sebentar dan memandang dunia.
Aneh, dunia punya macam-macam tarikan dan banyak lagi yang belum pernah saya cuba (in flight entertainment tidak akan terhabis dalam satu penerbangan Emirates), tetapi mengapa saya merasa kosong, monotonus dan sunyi?sama perasaannya macam memandang ke luar tingkap kapal terbang yang terapung di antara langit dan bumi.
Selaju kapal terbang yang terbang mara, saya rasa saya juga tetap terus bergerak.
Tapi masih kekosongan itu tidak pergi-pergi.
Bukannya tiada teman di sisi.Lagi sekali, macam juga di dalam penerbangan, ada beratus orang lain di dalam pesawat yang sama. Siap ada kemungkinan you die I die lagi (be it teman-teman di sisi mahupun fellow passengers)
Kenapa ruang itu masih ada? ruang kosong yang merimaskan.
Jadi manusia macam saya pun kembali merindui fitrah saya. Fitrah bertuhan.
Dalam penerbangan, penumpang rindukan daratan.
Dalam dunia, hamba rindukan tuannya.
Sedih bukan bila nanti-nanti ada berita, pesawat terhempas, pesawat meletup atau dalam erti kata lainnya, pesawat/penumpang yang tidak akan pernah mendarat sampai kat airport in one piece sebagaimana waktu dia take off dahulu.
Tak ubah macam manusia, dalam perjalanan dia di dunia, boleh terlalai dan membelok ke lain, sudahnya hingga ada yang tidak sampai kepada Pencipta.
Saya telah memilih penerbangan dunia ini.
A flight of no return. (Lapangan terbang ditutup sebab parking dengan runway tak cukup)
And I am already airborne (dah take off, dah dilahirkan)
Sudah meneroka sebahagian kecil nikmat yang ditawarkan dalam penerbangan dunia ini, sudah pun merasa bosan dengannya dan kini sudah 20 minit memandang awan dan langit yang dok duduk macam tu saja sejak tadi.
Mula la rasa rindu dekat daratan (si Dia)
Nanti, akan ada pramugara-pramugari ataupun makan yang sedap-sedap (nikmat dunia la tu!) sampai saya turunkan blind kat tingkap pesawat. Lupa daratan balik.
Saya rasa semua orang akan melalui fasa-fasa macam ni, semua manusia, tak kira yang dah lupa daratan atau yang rindu sangat-sangat dengan daratan (daratan=Ilah).
Mula-mula, saya confused, sebab apa even orang yang dekat dengan Allah pun rasa perasaan kosong dan bosan tu dalam hidup ni.
Awak rase sebab ape? (ayat Kak Lene dan Kak Madihah)
Sebab ni kan penerbangan. Dunia. We are supposed to be fed up with it.
Dan selagi kita masih di dalam penerbangan ni, selagi belum mendarat, selagi itu kemungkinan untuk kita mendarat kat lapangan terbang dan kemungkinan kita nak mendarat kat Pentagon mahupun kawasan-kawasan yang tidak dinamakan lapangan tetap 50-50.
Jadi pakailah seat belt, baca balik manual kecemasan, doa dan teruskan berdoa.
Moga-moga saya dan kamu, moga-moga kita selamat sampai ke lapangan terbang/kepada Ilah kita.
Seperti sirih pulang ke gagang.
Seperti pesawat pulang ke lapangan terbang.
Kita perlu pulang kepada Allah.
I like the last three sentence. Memberi makna dan kesan yang sungguh mendalam.
ReplyDeleteHahaha, thanks Oli. akhir-akhir ni selalu ponder psl dunia ni dan nampak mcm semua benda sia-sia saja sebenrnya.but life must goes on, especially bila ada orang-orang lain yang menempuhnya dgn kita.
ReplyDeletesweet..
ReplyDeletemanusia kan dr perkataan 'nasi' yang maksudnya 'lupe'...
sebab tu diperingatkan selalu.. ade AQ, solat..
thanx lina, nie satu peringatan buat aku..^^
moga kita tak terus leka..
salam Lina..
ReplyDeletetertarik dgn ayat "Mula-mula, saya confused, sebab apa even orang yang dekat dengan Allah pun rasa perasaan kosong dan bosan tu dalam hidup ni."
Memang pun 'dekat' dgn Allah boleh je buat kite still rasa kosong. Sebab dekat tak semestinya kenal kan?
Sebab bila kite tak kenal lama-lama kite pun tatau kenapa kite dekat dengan die.
Jawapan saya sebab kite belum cukup kenal dengan Allah sendiri. Kenal dengan segala sifatNYA. Sebab dari kenallah akan datangkan cinta dan dari cintalah kite akan terbuai-buai dengan keindahan warnanya yang akan memadamkan ke'dull'an hidup kite.
Yes al Quran adalah manual cara untuk kite hidup kat bumi nih, tapi bukan itu saja. Al Quran jugaklah kalam Allah, ayat-ayat Allah untuk perkenalkan diri die dekat kita hamba-hambaNYA. Selagi kite tak rasa kecintaan yang mendalam padaNYA selagi itu, hidup kite akan ada question mark..
Dengan cinta Allah itu, akan menggerakkan kite, dengan cnta Allahlah akan menybab kite merasakan dunia ni bukanlah apa-apa tapi dengan dunia nilah kebahagiaan kite yang hakiki akan tercapai..
insya Allah nak share satu hadith dgn Lina..
Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah s.a.w bersabda, bahawasanya Allah ta’ala berfirman : “ Barangsiapa yang memusuhi kekasih-Ku maka Aku menyatakan perang kepadanya. Sesuatu yang paling Ku sukai dari apa yang dikerjakan oleh hamba Ku untuk mendekatkan diri kepada Ku iaitu bila ia mengerjakan pa yang telah Ku wajibkan kepadanya. Seseorang itu akan selalu mendekatkan diri kepada Ku dengan mengerjakan perkara-perkara sunnat sehingga Aku mencintainya. Apabila aku mencintainya maka Aku merupakan pendengaran yang dia gunakan untuk mendengar, Aku merupakan penglihatan untuk dia gunakan untuk melihat, Aku merupakan tangan yang dia gunakan untuk menyerangnya dan Aku merupakan kaki yang dia gunakan untuk berjalan. Seandainya dia memohon kepada-Ku pasti Aku akan kabulkannya dan seandainya ia berlindung diri kepadaKu pasti Aku akan melindunginya”. [Riwayat Bukhari]
wallahu'alam..
My 2cents ek.
lots of love ~ XOXO ~
Keyla : betul tu.nasi~lupa.nasib baik ada rasa rindu dlm hati.rindu, rindu sgt2.walaupun still rasa xkenal betul2 lagi.
ReplyDeleteKak Wani : 2 cents doesn't do justice to such a comment.hari tu pun, mcm ada dpt tahu, al quran tu Allah turunkan, telling us about Him. yang terhijab dari pandangan mata, moga tak terhijab dari hati.