Thursday, May 31, 2012

Fitrah


Saya rasa setiap manusia tu Allah kurniakan dengan kecenderungan ke arah kebaikan. Kalau dia cenderung kepada perkara yang negatif tu, maknanya syaitan yang konfem masuk neraka tu yang dok bisik kat telinga dia. Syaitan memang konfem masuk neraka, tapi manusia tak. Jadi, tak boleh la kita nak kata kat orang lain, ataupun terlintas dalam hati "hang ni konfem masuk neraka" atau "hang ni kapiaq, nanti mati masuk neraka". Pokoknya, urusan syurga atau neraka tempat akhir seseorang tu, Allah saja yang akan menentukan. Buktinya, hadis keempat dalam koleksi 40 hadis.

" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : rezekinya, ajalnya,amalannya, celaka dan bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "

Apa yang saya faham dari penerangan kakak usrah saya ialah hadis ni sebagai motivasi untuk semua orang. Untuk yang dah sedia di jalan yang lurus untuk tidak leka dan terus jalan depan tengok dan untuk pujuk orang yang kat jalan yang salah bahawa dia masih ada peluang untuk berjalan di jalan yang lurus. Tak sapa nak jadi penghalang kepada orang untuk berpegang atau kembali pada tali Allah tapi ramai jugak yang tak sedaq, termasuk orang yang dok taip ni, yang dia jadi penghalang kepada orang-orang ni.

Contoh 1 : Kak Delaila penah cerita ada seorang cikgu kat sekolah dia (Kak Delaila dulu sekolah agama yang elit tu woo) dulu dok pikiaq agama mana dia nak masuk. Last2 dia masuk agama samawi yang bukan agama Islam. Sebab? Sebab kebanyakan orang Islam kat sekolah tu selalu tak punctual. (lari sorok belakang tudung tingkap)

Contoh 2 : Berjalan melihat bumi Eropah di musim panas. Fitnah (orang pakai tak cukup kain) memang kat mana-mana saja. Hati pulak dok istighfar sambil mengutuk. (lari sembunyi bawah meja pulak) Sepatutnya kena rasa kesian kat depa. Depa tak untung macam kita ada nikmat Islam dan iman. Tak rugi pun kalau kita tolong doakan depa supaya dapat hidayah dan jangan lupa pulak doa kat diri sendiri supaya terus kekal dalam hidayah Allah. Kalau dpa tanya tak panaih ka pakai selubung. Habaq kat depa panaih (kalau anda rasa panaih). Kalau tak panaih habaq kata tak panaih. Jangan lupa tambah "but I don't want my skin to be sunburnt/photoaged". Kalau hang pi cakap hang tak mau masuk neraka, itu adalah taktik yang salah sama sekali sebab sapa yang nak masuk neraka habaq mai.


Perkara kedua. Saya adalah annoyed dengan ayat "semua ni dunia saja". Lama dah tak dengaq ayat ni sebenarnya, tapi saya ada terbaca seorang insan mengajak orang ke kelas mengaji al-Quran. Memandangkan semua orang tahu ini ialah musim berchinta dengan buku bagi pelajar di fakulti saya, dia mengatakan dia juga punya 2 ujian kredit yang besar dalam satu hari dan mari menghadapinya, buku-buku medik itu tak akan membantu kamu di akhirat. Senang kata, justifikasi orang ini ialah penerangan kepada ayat "semua ni dunia saja" pada saya. Sesungguhnya pandangan saya adalah sangat berbeza sama sekali. Siapa kata buku-buku medik tak akan membantu kamu di akhirat? Canon of Medicine yang ditulis Ibnu Sina telah menjadi wadah yang sangat penting dalam perkembangan pesat ilmu perubatan yang boleh menyelamatkan banyak nyawa yang sebelumnya adalah mustahil untuk dilakukan. Tidak lupa juga kepada penemuan pulmonary circulation dari Ibnu Nafis. Saya yakin amal baik tak ada satu pun akan Allah terlepas pandang. Lagi pun ayat pertama yang diturunkan kepada Rasulallah SAW ialah bacalah!. Mngkin kita boleh sama-sama fikir pasal apa yang senior saya tulis "dunia ladang akhirat..bercucuk tanam di dunia, tuai hasilnya di akhirat" Tapi orang-orang yang dok baca buku, ada jugak point insan berkenaan yang saya setuju. Kalau niat kita baik inshaallah Allah cukupkan masa untuk kita.

Sekian sahaja pandangan saya pada hari ini. Kalau salah tolong nasihat. Saya kan manusia yang punya kecenderungan kepada perkara yang baik.

No comments:

Post a Comment